
Kebaikan Intermittent fasting, juga dikenali sebagai diet puasa adalah salah satu cara yang digunakan untuk
mengawal berat badan. Banyak manfaat yang akan diperoleh jika mengamalkan cara diet intermittent
fasting ini. Kebaikan intermittent fasting dapat dilihat dalam diri pengamal baik dari segi luaran d
dalaman. Dari segi luaran, pengamal akan dapat melihat perubahan fizikal seperti penurunan berat
badan dan bentuk badan akan menjadi lebih menarik. Dari segi dalaman pula, intermittent fasting
dapat melatih indivitu itu supaya dapat menahan lapar dan lebih bersabar.
Dalam pengamalan Intermittent fasting, sistem penghadaman kita akan direhatkan daripada kerja-kerja pencernaan
makanan selama 14- 16 jam. Itu merupakan satu tempoh yang agak lama untuk berpuasa. Tetapi
kebaikannya adalah banyak kerana ini akan mengaktifkan mekanisma-mekanisma dalam sistem
penghadaman yang jarang digunakan ketika kita tidak berpuasa. Berikut adalah antara kebaikan
intermittent fasting yang penting untuk kesihatan kita :
.
1.Membakar Lemak
Ketika Intermittent fasting, tempoh berlapar adalah tempoh yang digunakan oleh badan kita untuk
berehat dan reset sistem penghadaman yang tidak pernah berhenti melakukan kerja. Dalam sistem
endokrin, ada beberapa hormon yang terlibat dalam metabolisma badan. Antaranya adalah hormon
HGH ( Human Growth Hormone ). Hormone ini membantu badan kita untuk menghasilkan tenaga
daripada pembakaran lemak dalam badan. Ketika intermittent fasting, kandungan hormon ini akan
meningkat dengan mendadak dalam badan agar dapat membantu membakar lemak Hasilnya, melalui
lemak berlebihan akan dibakar dan ini membantu dalam pengurusan berat badan.

.
2.Mencegah Kanser
Antara kebaikan intermittent fasting ialah ianya dapat membantu dalam pencegahan kanser. Dalam
kajian yang dilakukan di dalam makmal, ketika berpuasa, sel tumor dalam organisma hidup adalah
kurang aktif jika dibandingkan dengan sampel yang tidak berpuasa. Ketika sumber makanan terhad,
badan akan menggunakan sumber yang tersedia ada dalam badan seperti lemak untuk membekalkan
tenaga kepada badan. Berbanding jika tidak berpuasa, bahan asas adalah seperti biasa akan dibekalkan
kepada semua sel termasuklah sel tumor tersebut untuk membesar.
.
3.Kesihatan jantung
Intermittent fasting dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jantung. Dalam badan
manusia, kolestrol jahat (LDL) akan meningkatkan risiko terkena serangan penyakit jantung. Jika
mengamalkam inermittent fasting, kadar LDL akan menurun sekaligus akan menurunkan risiko untuk
mendapat penyakit jantung.

Baca JUGA : Bersenam Boleh Atasi Burn Out
.
4.Kesihatan Otak
Kesihatan otak juga dapat dipertingkat jika mengamalkan intermittent fasting. Antara kebaikan
intermittent fasting ialah ianya dapat meningkatkan penghasilan protein BDNF dalam badan. Protein
ini bertujuan untuk membaiki dan menghasilkan sel saraf otak yang baharu. Selain itu, ianya juga
dapat mengurangkan risiko daripada menghidapi serangan Alzeimer ataupun nyanyuk yang
melemahkan kewarasan, ingatan dan perubahan tingkah laku.
.
5.Memperbaik Penyakit Diabetes
Penyakit diabetes adalah berkait rapat dengan akndungan gula dalam darah. Dalam pengamalan
intermittent fasting, kendungan gula adalah dapat dikawal dan sekaligus dapat memperbaik tahap
diabetes yang dialami oleh pesakit. Ketika intermittent fasting, insulin akan menjadi lebih sensitif
kepada gula dan dapat menukarkan gula tersebut kepada simpanan tenaga dalam badan.