
Makanan Yang Rendah Kalori, perkara yang paling mencabar bila menurunkan berat badan ialah mengurangkan jumlah kalori. Kepercayaan bila makan makanan yang kurang kalori akan membuatkan kita lapar adalah tidak
benar. Terdapat banyak makanan yang rendah kalori tapi mengenyangkan antaranya ialah :
.
Oat
Oat merupakan makanan terbaik untuk penurunan berat badan yang sihat. Ianya bukan hanya
rendah kalori, malah tinggi kandungan protein dan serat yang mampu membuat individu yang
memakannya merasa lebih kenyang. Bagi ½ cawan (40 gram) oat kering hanya mengandungi 148 kalori, 5.5gram protein dan 3.8 gram serat yang mana kedua-duanya memberi kesan yang besar kepada rasa lapar dan selera makan.

.
Telur
Telur merupakan makanan yang sangat padat nutrien dan ianya rendah kalori. Sebiji telur besar
mempunyai kira-kira 72 kalori, 6 gram protein dan pelbagai vitamin dan mineral penting.
Kajian mengamati bahawa sarapan pagi berprotein tinggi dapat melambatkan pengosongan perut
dan mengurangkan kadar ghrelin iaitu hormon yang bertanggungjawab untuk rasa lapar.
.
Yogurt Greek
Yogurt Greek adalah sumber protein yang dapat membantu mengurangkan keinginan dan
mendorong penurunan berat badan. Walaupun jumlah yang tepat berbeza mengikut jenama dan
rasa, namun, hidangan yogurt Greek bagi 2/3 cawan (150 gram) biasanya mengandungi kira-kira 130
kalori dan 11 gram protein. Mereka yang memakan yogurt bukan sahaja mengalami rasa kurang lapar, tetapi mereka juga memakan 100 kalori lebih sedikit ketika makan malam daripada mereka yang memakan keropok
atau coklat.
.
Beri
Semua jenis beri termasuk strawberi, blueberi, raspberi dan blackberi merupakan buah-buahan yang
sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang dapat mengoptimumkan kesihatan.
Kandungan seratnya yang tinggi dapat meningkatkan penurunan berat badan dan mengurangkan
rasa lapar. Misalnya, 1 cawan (148 gram) blueberi membekalkan hanya 84 kalori tetapi
mengandungi 3.6 gram serat.
BACA : Cara Untuk Turunkan Kolesterol Dalam Darah
.
Popcorn – Juga Makanan Yang Rendah Kalori
Disebabkan kandungan seratnya yang tinggi, popcorn menduduki tangga teratas sebagai salah satu
makanan ringan yang rendah kalori. Walaupun hanya mengandungi 31 kalori dalam 1 cawan (8
gram) popcorn, ia mempunyai 1.2 gram serat makanan iaitu hingga 5% dari keperluan serat harian.
Banyak lagi contoh makanan yang rendah jumlah kalori. Namun, ini merupakan antara makanan
yang rendah kalori dan mampu mengenyangkan. Harus diingatkan bahawa ianya tertakluk kepada makanan yang tidak ditambah dengan leamk tidak sihat, perasa tiruan dan garam atau gula
tambahan sahaja.
