
Cara Untuk Turunkan Kolesterol, apa sebenarnya kolesterol? Kolesterol merupakan bahan berlemak yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan betul. Walaubagaimanapun, tahap kolesterol yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan seperti meningkatkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung. Ianya merupakan
penyebab utama beban penyakit dalam negara-negara maju dan negara-negara yang membangun.
Namun, perubahan gaya hidup yang sihat boleh membantu menurunkan kolesterol sekaligus dapat
mengelakkan penyakit jantung dan serangan jantung khususnya khususnya melalui diet pemakanan.

.
Bagaimanakah caranya?
Pengurangan pengambilan lemak tepu dalam pemakanan dapat membantu menurunkan kadar
kolesterol dalam badan. Lemak tepu terutamanya yang terdapat dalam daging merah dan produk
tenusu penuh lemak boleh meningkatkan jumlah kolesterol. Dengan mengurangkan pengambilan
lemak tepu, kita dapat mengurangkan kolesterol “buruk” iaitu kolesterol low-density lipoprotein
(LDL).
.
Seterusnya melalui lemak trans. Lemak trans juga disenaraikan pada label makanan sebagai “minyak
sayuran terhidrogenasi sebahagian”. Lemak trans sering digunakan dalam marjerin dan biskut,
keropok dan kuih yang dibeli di kedai. Lemak ini mampu meningkatkan tahap kolesterol secara
keseluruhan. Jadi, dengan menghilangkan terus lemak trans dalam pemakanan merupakan salah
satu tindakan yang terbaik untuk menurunkan kolesterol.

.
Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung
Selain itu, kita juga boleh makan makanan yang diperkaya dengan asid lemak omega-3. Kalau
diikutkan, asid lemak omega-3 tidak mempengaruhi kolesterol LDL. Namun, mereka mempunyai
kepentingan kesihatan jantung yang lain, termasuklah bagi mengurangkan tekanan darah. Antara
makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 termasuklah salmon, makarel, herring, walnut dan
biji rami.
.
Dengan meningkatkan pengambilan serat larut, penurunan kolesterol dapat dilakukan. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana, serat larut dapat mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam
aliran darah. Serat larut boleh didapati dalam makanan seperti oatmeal, kacang ginjal, tauge
Brussels, epal dan pir.
.
Protein Whey -Cara Untuk Turunkan Kolesterol
Kajian menunjukkan bahawa protein whey yang diambil sebagai makanan tambahan mampu
menurunkan kolesterol LDL serta tekanan darah. Protein whey yang boleh didapati dalam produk
tenusu, mungkin menyumbang banyak manfaat kesihatan sebagai alternatif kepada susu.
Walaubagaimanapun, perubahan gaya hidup yang lebih sihat melalui diet pemakanan sahaja tidak
mencukupi untuk menurunkan kadar kolesterol. Sekiranya doktor mengesyorkan ubat-ubatan untuk
membantu menurunkan kolesterol, ambil seperti yang telah ditetapkan sambil meneruskan diet
pemakanan yang sihat.