
Intermittent Fasting atau disebut sebagai IF ialah diet yang tidak membenarkan kita mengambil makanan pada waktu-waktu tertentu tetapi, kita dibenarkan untuk mengambil minuman yang tidak berkalori.
Ringkasnya, teknik IF seperti kita berpuasa. IF sangat bagus dan berkesan dalam menurunkan berat badan.
Pemakanan yang mempunyai semua komposisi nutrient yang diperlukan boleh disifatkan sebagai makanan yang baik.
Protein, karbohidrat, sayur dan buah-buahan adalah komposisi makanan yang perlu ada dalam hidangan makanan. Pemakanan yang baik membantu dalam menurunkan berat badan.
JENIS IF
IF mempunyai beberapa jenis dan bergantung kepada anda untuk memilih yang mana untuk melakukanya
- IF MINGGU : IF Minggu adalah IF yang anda lakukan 5:2 atau 4:3. Maksud 5:2 adalah 5 hari anda berpuasa dan 2 hari anda eating windows. Jika 4:3 adalah 4 hari anda berpuasa dan 3 hari anda enjoy food
- IF HARI : IF Hari adalah IF yang anda lakukan sepanjang hari selama 24 jam. Yang popular adalah 16:8 atau 18:6. Maksud disebalik nombor ini adalah 16:8 16 jam anda berpuasa dan 8 jam lagi anda boleh makan
Kami sarankan anda tidak terlalu menekan dan stress dalam melakukan IF kerana seperti diet yang lain, IF hanyalah tools dan yang menjadikan ia berjaya atau tidak adalah pengiraan kalori disebaliknya
Kongsikan dengan kami jika anda sudah melakukan IF dan apakah hasilnya
.
4 thoughts on “Intermittent Fasting tu apa?”