
Minum air banyak boleh bantu anda turun berat badan atau minum air kosong banyak boleh buat anda jadi ‘gemuk air’?
Sebenarnya, istilah ‘gemuk air’ itu adalah satu mitos. Tak pernah lagi dalam dunia ini, dilaporkan seseorang itu jadi gemuk disebabkan minum air yang banyak, kecualilah anda adalah pesakit Edema (sakit yang membuatkan water retention dalam badan).
Sakit senggugut dan perubahan mood
Anda disarankan untuk minum minimum 8 gelas atau bersamaan dengan 1.7 liter air sehari untuk mengekalkan tahap air di dalam badan anda. Jika lebih pun, ia sebenarnya tidak memberi kesan mudarat kepada badan sebagaimana minum air manis

Fakta berkenaan air
- Tahukah anda, 70% badan manusia terdiri daripada cecair atau air.
- Kebanyakan proses kimia di dalam badan memerlukan air untuk ianya berfungsi sepenuhnya.
- Membantu proses penyerapan nutrisi yang berlaku di dalam badan.
Kebaikan minum air kosong
- Dapat mengawal selera dan nafsu untuk makan.
- Kadangkala, badan berasa confuse apabila kita haus atau tak cukup minum air. Confuse sama ada kita haus atau betul-betul lapar.
- Minum air yang banyak dapat mengelakkan risiko dehydration dan seterusnya dapat mengelakkan kehilangan muscle mass (jisim otot) semasa proses penurunan berat badan.
- Apabila anda minum air yang cukup, organ dalam badan anda dapat berfungsi sepenuhnya dan seterusnya, dapat mengekalkan kadar metabolisma badan. Buah pinggang juga dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
Tapi tak semua yang gemar untuk minum air kosong. Banyak alasan diberikan dan disini kami kongsikan dengan anda tips untuk minum air
- Dapatkan botol air yang menarik dan mudah dibawa.
- Pastikan botol air tersebut ada straw. Secara psikologinya, minum menggunakan straw lebih cepat berbanding jika tidak menggunakan straw.
- Minum 500ml air setiap 2 jam.
- Buat jadual minum air. Jika anda berkerja, melakukan aktiviti pada siang hari selama 10 jam, sekurang-kurangnya anda sudah berjaya minum 5 liter air kosong.
- Bawa 1 botol air kosong yang kecil (500ml) setiap kali solat. 5 kali solat, anda sudah berjaya minum minimum 2.5 liter air kosong.
Diharapkan dengan perkongsian ini maka lebih ramai boleh menurunkan berat badan dengan berjaya. Jangan lupa sertai Geng Nak Kurus di facebook di pautan tepi posting ini
2 thoughts on “Kebaikan minum air kosong”