
Beberapa bulan lepas, viral akan Menteri baru Kerajaan Malaysia Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun yang kelihatan cukup kurus dan berpenampilan menarik. Ramai netizen memuji akan ‘badan’ baru menteri kesayangan wanita kita ni
Apa rahsianya?
Ada dilaporkan di media dan blog sensasi kenapa rina harun kurus adalah kerana membuat rawatan di klinik ‘lose weight’ Walaupun ini hanya dibuktikan dengan gambar, tapi bagi saya ia tak cukup untuk ke klinik semata mata bagi menurunkan berat badan, pasti ada rahsia lain
Jadi, apa rahsianya?
Menerusi soalan yang diajukan, Rina menjelaskan hanya mengamalkan gaya hidup aktif demi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Pada mulanya, beliau tertawa sejurus soalan itu diajukan.
Saya berbasikal selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting, niat sebenarnya nak sihat
Berbasikal boleh lose weight?

Berbasikal adalah antara aktiviti yang menggunakan tenaga yang banyak dan jika anda berbasikal di luar rumah, lagilah banyak kalori akan dibakar kerana rata rata berbasikal mengambil masa yang lama, lagi lama masa diambil, lagi banyak kalori yang akan dibakar
Jom puasa di 10 hari terawal zulhjjah, baca keistimewaan bulan terakhir dalam kalendar hijrah ini
Maka jika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun kata dia kurus dengan mengamalkan berbasikal, barulah kita boleh percaya. Tahniah diucapkan dan semoga ia menjadi motivasi kepada di luar sana yang mahu kurus dan cantik bergaya untuk terus amalkan gaya hidup sihat seperti berbasikal